Senyuman yang ikhlas dan meyakinkan: Dr Mawarni

Pernah tak anda malu untuk senyum atau tak boleh untuk jadi diri sendiri disebabkan satu atau semua masalah berikut:-

  • Mulut berbau
  • Gigi Jarang
  • Gigi tak teratur atau jongang

 

Jangan risau. Bukan anda seorang mengalami masalah tersebut. Kami sedia membantu untuk mengembalikan senyuman yang anda impikan. Anda juga boleh  jadi diri sendiri dan tak perlu nak senyum tutup mulut lagi.

 

Wan seorang yang pemalu. Sewaktu pertama kali berjumpa saya, dia minta ‘special request’ untuk bercakap dengan saya sahaja.

Senyuman Wan sebelum rawatan

 

Wan mengadu semua masalah yang saya sebutkan di atas. Dia tak boleh untuk gelak besar dengan lawak kawan-kawan. Dia lebih banyak memilih untuk berdiam diri.

 

Kawan-kawannya pun kekadang risau sebab tengok reaksi muka dia yang sering masam macam ada masalah.

 

Itulah penangannya kalau mempunyai masalah senyuman yang kurang menarik. Ia menyebabkan masalah konfiden. Paling teruk kalau ia terus menyebabkan seseorang mengalami kemurungan atau depression.

 

Saya berbincang dengan Wan dan mengambil kira dengan teliti setiap aduan yang dia suarakan. Setiap rawatan yang saya usulkan saya sertakan sekali dengan segala kos.

 

Buat pengetahuan semua, konsultasi dengan kami hanyalah Rm50. Dengan sejumlah wang tersebut, anda akan kaya dengan ilmu tentang segala masalah gigi & mulut yang anda hadapi dan solusi untuk mengatasinya.

 

Tiada kos-kos tersembunyi dan kami tidak akan memulakan rawatan selagi tidak medapat keizinan pesakit.

Senyuman Wan selepas rawatan

 

Saya dapat melihat reaksi Wan yang sangat gembira setelah selesai rawatan. Reaksi sebegini yang buat kami terus ingin melakukan yang terbaik demi pesakit-pesakit yang kami sayangi.

 

Sekiranya anda mengalami masalah seperti Wan, nasihat saya, silalah buat temujanji dengan kami. Paling tidak pun datang untuk check up dan konsultasi dahulu.

 

Senyuman itu kan sedekah. Segala perkara kebaikan bermula dengan senyuman. Jadi apa tunggu lagi?

 

Anda boleh email saya di mawarni@story.drfauziah.com untuk sebarang pertanyaan.

 

Yang ikhlas,

Dr Mawarni

 

 

 

 

 

 

 

0 0 votes
Article Rating


Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nazri Abdul Manaf
Nazri Abdul Manaf
3 years ago

Alhamdullillah…Syukur pada Allah yg telah menjadikan impian saya suatu kenyataan… Terima Kasih tak terhingga kepada Dr Mawarni & team Klinik Pergigian Fauziah diatas kerja2 yg sangat menakjubkan.. Hampir 20 tahun saya menanti sesuatu keajaiban dan akhirnya Klinik Dr Fauziah telah berjaya merealisasikan impian saya..Pakar Pergigian seperti Dr Mawarni telah byk membantu saya diatas masalah yg saya hadapi seperti yg diceritakan diatas.. Kepada anda diluar sana yang menghadapi masalah gigi kurang sempurna & kurang keyakinan diri untuk bercakap silalah rujuk di klinik ini.. Dengan kos yg sgt2 berbaloi tidak rugi anda datang ke sini… Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat… Read more »

Wani
Wani
3 years ago

Hi doctor,
May I know the cost for both porcelain and composite veneers?