Gigi patah!: Dr Nik
Perkara yang tak terduga boleh berlaku dalam sekelip mata dan ini kadang kala akan membuat kita panik. Sepanjang kerjaya saya sebagai doktor gigi, perkara tak terduga berkaitan gigi yang paling membuat pesakit saya panik ialah apabila gigi mereka patah! Ya, terutama bila ia berlaku kepada gigi hadapan.
Keadaan akan menjadi lebih panik dan terdesak sekiranya pesakit terpaksa berdepan atau berhubung dengan orang ramai dalan hehidupan seharian mereka.
Apakah ada jalan penyelesaian segera untuk masalah ini? Sudah tentu! Untuk keadaan gigi yang patah separuh, biasanya tampalan komposit atau tampalan sewarna gigi adalah jawapannya. Rawatan ini agak ringkas dan senang tetapi kadangkala memerlukan masa yang lebih lama berbanding tampalan biasa kerana doktor perlu memastikan warna gigi adalah sekata selepas rawatan tampalan dilakukan. Saya pasti ramai yang sedia maklum tentang rawatan ini kan?

Persoalan yang lebih besar dan membelenggu pesakit adalah apabila gigi benar benar patah dan cuma akar gigi yang tertinggal!
Apakah doktor masih boleh membuat tampalan pada gigi begini? Bagaimana pula sekiranya gigi tidak boleh ditampal dan perlu dicabut? Bolehkah gigi tersebut diganti serta merta?
Untuk gigi yang benar benar patah, dukacita saya maklumkan bahawa gigi tersebut biasanya perlu dicabut. Tetapi jangan bimbang, kami ada jalan penyelesaian serta merta untuk menggantikan gigi tersebut.
Gigi palsu? Bukan…gigi palsu akan memerlukan masa sekurang kurangnya 4 hari untuk disiapkan. Rawatan yang saya ingin kongsi disini ialah rawatan Fiber Reinforced Composite Bridge.
Ia adalah rawatan yang akan menggantikan gigi secara tetap (melekat dan tidak perlu dikeluarkan seperti gigi palsu) dan rawatan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pesakit pastinya akan pulang dengan gigi yang patah dan dicabut tadi sudah diganti.

Fiber reinforced composite bridge boleh bertahan selama beberapa tahun sahaja. Rawatan yang lebih kekal seperti porcelin bridge atau implan biasanya akan disarankan.
Jadi, tidak perlu bimbang dan panik sekiranya gigi anda tiba tiba patah, datanglah ke klinik kami dan kami akan pastikan yang anda pulang dengan gigi yang sempurna dan senyuman yang memikat.
nik@story.drfauziah.com

Kalau gigi patah separuh tapi dah teruk sampai hitam macam mana pulak, kos dya tinggi ke untuk sebatang gigi?
Assalammualaikum dr…gigi gerham sy berlubang dan patah (suku)…kadang2 rasa sakit bila masuk makanan….doktor kerajaan suruh saya cabut…ada cara lain ka utk saya selamatkan gigi ni? Brp kos di klinik dr?
Hi Muhammad, kami mungkin boleh merawat gigi tersebut dulu dengan rawatan akar.
Brape kos utk buat semula gigi yg patah sebtg dihadapan
Tampalan ialah RM120-400 untuk 1 gigi
berapa ye kos
Hi En Aiman,
Harga untuk gigi patah depends on treatment atau rawatan yang sesuai. Untuk maklumat lanjut, boleh call clinic kami.
Untuk rawatan fiber reinforced berapa pulak ye?
Hi Azmi, fibre reinforced bridges range from RM2000-2400 depending on the complexity
Hi.. my front tooth broken twice.. had a root canal several years ago.. but now it broken again.. I’m currently staying in Brunei and also I’m currently undergoing a root canal procedure again by one of the dental clinic in Brunei also before doing the crown.. but the process in Brunei taking so long.. can I do the crown in your hospital in KL.. and can I know how long does it take to do the crown and also can I know how much is the cost.. tq..
Hi there Azlinda, sure you can get the crown done here in our clinic! We’ll email you the quote 🙂
Ok tq so much
Kalau gigi seperti gmbar yg pertama brp harga rawatanye ye
Hi Nizam, gambar pertama is a composite filling. Kami charge RM120-400 per tooth depending on size and complexity 🙂
Brape kos untuk fiber reinforced dgn implan ye?
Hi Najj, we’ll send you a quotation. Though do understand, that both totally different treatment procedures. In the long run, an implant would be better to replace a missing tooth.
Nak tanya Doc.. Gigi patah macam gambar ke dua berapa Kos dan di mana lokasi Klinik Doc kalau saya nak dapatkan rawatan..? TQ
Hi, clinic kami di Taman Melawati and Publika. Boleh tengok location kat bawah page ataupun kat Contact Us tab 🙂
How much for the both cases? I had root canal treatment before but the composite tooth didn’t last long and it has broken.
Hi Fitria, after a root canal treatment, it is always wise to get a crown done for that tooth as the tooth structure can be brittle. We’ll send you a quote on both the treatments 🙂
Kos sebatang Gigi berapa eh ?
We’ll send you a quote! 😀
Gigi hadapan patah separuh..kos berapa?
Hi Sazly, it depends if you need just a composite filling like this patient or a root canal treatment for more severe cases.
Composite filling only
Kos utk kedua-dua situasi berapa?
We’ve given you an email Connie. Both are composite fillings 😀
berapa kos tampal gigi utk kes patah separuh bg kanak-kanak ?
We’ll send you an email.
sent to me
Hi Hidayah, what would you like us to send to you?
boleh tahu kos utk gigi patah separuh kanak2 bhg depan
We’ll send you an email with the quote 😀
Berapa untuk sebatang gigi depan ye?
Check your email k Syafiq
berapa utk sebatang gigi..sbb gigi sy pn mcm nie juga?
Hi there, please check your email k!
hi. dalam 10 tahun yg lps saya kena macam ni. patah hanya separuh, dan doktor buat seperti itu dan alhamdullilah gigi saya terlihat seperti biasa. tapi skrg, baru saya perasan. gigi tu agak keatas dan tak rata dgn gigi sebelah saya. boleh ke kalau saya buat kembali? dan kosnya berapa?
Hi Shima, we’ve given you a response on FB messenger and scheduled in an appointment for you, but you didn’t turn up. Do get back to us as soon as you can for a rescheduling of your appointment 🙂
Boleh sya tanya, berapa kos tampal gigi depan separuh patah. 2 biji gigi depan
Hi Suhaiza, we’ll give you an email!