Three months ago…she has two missing lower front teeth and the plan was to replace it with a fiber reinforced composite bridge (FRC bridge). Appointment was made but unfortunately something came up and she failed to attend the appointment. Two more failed appointments followed before…
Taking control of your life especially your health is essential to a life lived well. That’s even more true when you’re living with chronic health condition. No matter what excuses have gotten in the way in the past, small steps today can still add up…
Ada beberapa sebab atau punca gigi perlu dicabut. Antaranya gigi yang patah teruk atau gigi yang mengalami kerosakan karies (lubang) yang tidak dapat diselamatkan. Ada juga gigi yang perlu dicabut kerana sudah bergoyang dan ada yang mengalami kemalangan yang menyebabkan gigi tercabut!
Walau apapun punca gigi perlu dicabut, saya 100% percaya yang kita akan menggantikan gigi yang perlu dicabut atau telah dicabut terutamanya kalau gigi tersebut adalah gigi depan.
Persoalannya, adakah ada cara untuk menggantikan gigi secara tetap dengan cepat. Jawapannya ada.
Ada dua pilihan iaitu jambatan porselin (porcelain bridge) atau jambatan komposit berfiber (Fiber reinforced composite bridge).
Pada blog kali ini saya akan menerangkan mengenai jambatan komposit berfiber.
Jambatan jenis ini menggunakan jalur serat kaca (fiber glass strand) sebagai teras yang akan menguatkan binaan jambatan komposit.
Jalur serat kaca ini akan dilekatkan pada permukaan gigi yang bersebelahan tempat tiada gigi, merentasi ruang kosong ini dan hujungnya dilekatkan pada gigi bersebelahan yan lainnya. Contohnya seperti gambar dibawah.
Bahan tampalan komposit akan ditambah secara sedikit demi sedikit menutupi jalur serat kaca yang merentang tersebut. Semasa proses ini, bahan komposit tersebut di bentuk untuk menyerupai bentuk gigi.
Langkah seterusnya adalah untuk merapi dan meggilap jambatan komposit berfiber. Proses ini akan menghasilkan permukaan jambatan yang licin dan berkilat seperti gigi asli. Permukaan yang licin dan berkilat ini penting untuk memastikan sisa makanan dan plak susah untuk melekat dan jambatan senang dibersihkan.
Jambatan komposit berfiber
Gambar diatas menunjukkan jambatan komposit berfiber yang sudah digilap.
Keseluruhan prosedur ini dilakukan dalam satu temujanji sahaja dan biasanya mengambil masa lebih kurang dua jam.
Sekiranya anda memerlukan penggantian gigi secara tetap dan cepat, mungkin kaedah rawatan ini sesuai untuk anda. Hubungi kami untuk mendapatkan temujanji dan kami bersedia untuk membantu anda.
A lot of people know about braces and what it can do to your smile. Arif here wanted to fix his “underbite” issue, and he knew the best possible treatment was braces. And he was right! However the transformation of his smile doesn’t happen in…
Since I’ve started orthodontic treatments for patients in Klinik Pergigian Fauziah (KPF), I’ve been hesitating offering ceramic braces to my patients due to a few factors. One of the biggest issue is the frequent dislodging of the brackets. But I must say from the minimal…